Setelah beberapa hari krik alfie tidak sempat menaip dek kerna kesibukan yang mula menghimpit masa,baru hari ini krik alfie berkesempatan.Kali ini ada dua perkara yang ingin krik alfie kongsikan bersama teman-teman,satu adalah berita baik dan satu adalah berita buruk..Kita mulakan dulu dengan berita baik….pada tanggal 29 julai yang lepas ptptn akhirnya dikreditkan dalam akaun kami pelajar tahun dua..lega dan bersyukur tak terhingga kerana penantian kami telah berakhir.Tapi dalam gembira ini krik alfie ingin mengingatkan diri krik dan juga teman-teman untuk pandai menguruskan duit ini dengan sebaiknya dan pandai berjimat sehingga akhir semester nanti….kalo tidak silap hari bulan hujung sem kena makan meggi tiap hari…..dan cerita kedua yang ingin dikongsi adalh tentang penularan wabak H1N1 yang kini sudah menular ke dalm UMS dimana beberapa pelajar UMS telah disahkan dijangkiti dengan virus yang berasal dari babi ini….berita ini cepat tersebar walaupun ada pihak yang cuba mendiamkan perkara ini.Kegelisahan dikalangan teman-teman amat mengusarkan tentang penyakit ini kerana sehingga krik menaip ini,sudah 4 orang menjadi mangsa yag mati kerana selsema babi ini..
No comments:
Post a Comment