Sunday, July 26, 2009

H1N1

DEMAN BIASA ATAU H1N1 DI UMS??
Sejak dua minggu kebelakangan ini, Krik Alfie perhatikan ramai teman-teman yang demand an batuk termasuklah Krik sendiri seminggu lepas.Terlampau ramai yang deman menyebabkan Krik Alfie sedikit gusar jika ler deman yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar-pelajar di UMS bukan deman biasa tetapi adalah deman luar biasa yang ditakuti kini iaitu H1N1. Atau sekadar kebetulan sekarang musim deman di Sabah Krik Alfie tidak ada jawapan yang sebenarnya. Bukan apa sejak dua hari lepas kes diSabah semakin banyak dan yang terbaru Sekolah Sains Kota Kinabalu terpaksa ditutup selama seminggu gara-gara H1N1. Tentu mengusarkan dan menakutkan, kerana sepanjang Krik berjalan di Bandar Kota kinabalu dua hari lepas tidak Nampak seorang pun yang memakai topeng menutup hidung dan mulut. Namun Krik Alfie berharap kes H1N1 tidak akan berlaku dikalangan penuntut UMS walaupun disedari risikonya adalah terlalu besar…sama-sama lar kita berdoa minta dijauhkan dari penyakit babi ini..wasalam…

No comments: