Hari ini penulis ingin memberi makum balas bagi soalan yang ditanya oleh teman sekuliah sebelum memasuki kelas pada pagi semalam tadi. Soalan teman penulis itu berbunyi lebih kurang begini. “Kau ni memang kenegeriaan lar,kenapa la suka sangat dengan politik”,Soalan itu ditanya ketika penulis sedang membaca berita secara online tentang keputusan dan analisis pilihanraya Manik urai dari beberapa sumber. Berbalik kepada jawapan kepada soalan itu, penulis ingin tegaskan bahawa apa-apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita yang berkaitan dengan makanan, pembangunan, pekerjaaan, kenaikan gaji, kenaikan tol an sebagainya adalah perlu untuk kita ikuti perkembangan kerana ianya akan mempengaruhi kehidupan kita sama ada hari ini mahupun pada masa depan dan mengikuti perkembangan politik adalah tidak semestinya penulis adalah seorang yang bersifat kenegeriaan. Mungkin tanggapan teman penulis itu terbit lantaran penulis berasal dari negeri Kelantan dan dominan dengan politik pembangkang. Soal kenegeriaan perlulah ditolak ketepi kerana penulis lebih memilih istilah bersemangat kenegeriaan dan bukanya bersifat kenegeriaan. Politik adalah unviversal dan tidak tertumpu kepada negeri tertentu sahaja. Dan pada pendapat peribadi penulis, perkembangan semasa adalah politik walaupun ianya tidak didefinisikan sebegitu. Soalan teman sekuliah penulis itu adalah sangat rapuh dan mudah dipatahkan kerana bilamana anda bergelar penduduk Malaysia dan apatah lagi bergelar mahasiswa perkara tentang isu semasa adalah perkara yang perlu diambil berat .Dan sebagai contoh ketara yang ditunjukkan akibat tidak hendak ambil tahu tentang isu semasa, ramai teman-teman penulis yang tidak tahu menahu tentang pemansuhan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa English dan yang lebih buruk tidak tahu menahu apa perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri sejak kebelakangan itu. Bagi penulis, isu semasa adalah sama penting dengan pembelajaran yang bakal diajar oleh pensyarah. Jawapan teman sekuliah penulis yang berkata kita sekarang belajar dan bila sudah tamat pelajaran baru ler akan mendalami apa yang terjadi disekeliling. Contoh dan perumpamaan yang paling tepat yang ditujukan kepada teman penulis itu adalah kenapa teman sekuliah penulis selalu dan mesti mengikut trend semasa membeli kasut, baju, tudung atau pakaian dan kenapa tidak teman penulis itu hanya memakai tudung yang menjadi trend 4 tahun dahulu yang begitu popular dengan manik-maniknya hinggalah tamat belajar nanti. Dan setelah tamat belajar nanti ,penulis mencabar teman penulis untuk memakai trend sekrang pada masa 4 tahun pada masa akan datang. Ketika itu penulis yakin teman penulis itu akan diketawakan dan akan dikatakan sebagai ketinggalan zaman. Isu semasa samada politik, ekonomi, social juga begitu, perlu kita sentiasa mengikuti perkembangannya untuk kita mengetahui apa yang terbaru dan mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita pada masa hadapan…Selamat membaca temanku…
No comments:
Post a Comment