Wednesday, July 15, 2009

kaliber atau emosi


Kali ini penulis ingin berkongsi pengalaman dengan anda tentang cerita pembelajaran penulis. Tajuk kaliber atau emosi sebenarnya penulis tujukan kepada pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar penulis sepanjang pembelajaran penulis tidak kiralah semasa Sijil, Diploma ataupun saat kini. Pengalaman banyak mengajar bahawa pensyarah adalah manusia biasa yang mempunyai emosi. Tetapi kadang-kala pensyarah juga terlalu emosi dalam proses pembelajaran. Pernah disuatu ketika keseluruhan teman sekuliah penulis dihalau dari kelas gara-gara pensyarah tersebut naik angin kerana dua orang pelajar bercakap. Dan ragam emosi pensyarah tersebut bukan itu sahaja,tetapi pernah semasa peperiksaan pertengahan semester,disaat hendak menjawab soalan, kami semua dihalau keluar dan akan diberi markah kosong gara-gara seorang pelajar terlebih dahulu menulis nama pada kertas peperiksaan. Dek kerana risau kami akan mengulang kertas tersebut, jadi kami terpaksa menghantar pakar pujuk untuk menyejukkan hati pensyarah tersebut. Nasib baik kami dibenarkan mengambil kembali peperiksaan. Dan kisah dari seorang pensyarah lain pula,dengan tegasnya akan mengagalkan pelajar dan sememangnya pernah mengagalkan senior-senior yang tidak disukainya kerana beberapa perkara kecil amat menakutkan penulis. Kisah ini adalah sebahagian kecil dari pengalaman penulis dan dari kaca mata penulis, terlalu emosi juga kadang-kadang tidak menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan isu lain seperti pensyarah itu akan dibenci oleh generasi hingga generasi. Titipan penulis ini bukanlah untuk megaibkan ataupun burukkan pensyarah kerana penulis dan teman-teman lain turut menjadi faktor yang membangkitkan kemarahan pensyarah dek kerana sikap nakal dan main-main. Kemarahan perlu diketika dan waktu tertentu sahaja dan kaliber untuk menarik minat dan untuk membolehkan pelajar menghormati pensyarah adalah amat perlu setiap masa.Selamat membaca

2 comments:

piqa said...

btol 2 btoll...
kdg2 sifat mnusia yg msih 'keanak-anakkan'(btol ke skema ayat sy nih??) & tdk mmndang serius pd sesuatu akn mndtgkan kemarahan yg tak djngka..

~~student mrhkn pnsyrah bile c pnsyrah melenting..
~~pnsyrah bengang akn stdent bile stdent xdgr kate..
~~pnsyrah mrh xtntu psal sbb tkanan dan beban krje..
~~stdent akn faham prasaan pnsyrah jike 1 hari nnti dye brde d tmpt pnsyrah tersebut..

2 lah permasalahannya...
so,dua2 pihak harus 'celik mate'........
sblom bertindak harus ade strategi..
(ayat lame..)
sblom bertindak harus fikir ape akn jadi selepas tindakan trsbut 'dilaksanakan'....
(statement yg msty ade dlm minda seseorg..)

Anonymous said...

kita sepatutnya tau apa yang sepatutnya dilakukan ketika seseorang marah.....JANGAN LAYAN!!