Friday, July 17, 2009

PTPTN

Isu yang ingin penulis tulis kali ini adalah tentang kehidupan penulis sebagai seorang pelajar dinegeri orang. Bukannya perkara yang pelik penulis menyambung pelajaran di negeri Sabah kerana sebelum ini penulis pernah berada di negeri Pahang selama hampir tiga tahun menyambung pelajaran disana. Tapi langkah kaki penulis ke negeri Sabah untuk menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi ada ujian yang amat menduga rasa dan jiwa penulis .Dinegeri yang terletak seberang lautan ini, penulis akui amat cantik dan memikat mata yang memandang dek kerana muka buminya yang diciptakan sebegitu cantik. Tapi hidup dinegeri yang dikira jauh dimata penulis ini sememangnya turut membawa sedikit kesukaran. Pertamanya adalah kekangan wang yang terhad. Ini kerana kos hidup diSabah adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kehidupan di semenajung Malaysia. Kehidupan penulis menjadi lebih rumit bila seratus peratus menjadikan wang PTPTN sebagai penerus hidup dek kerana member laluan kepada adik penulis yang menuntuk disatu lagi IPTA disemenanjng untuk mendapatkan bantuan daripada tabung ma and pa. Dan bertambah peritnya penulis setelah jenuh bersusah payah mengumpul sedikit wang untuk membeli tiket penerbangan yang bukan sedikit harganya. Dan bertambah jerih hidup penulis bila setelah dua minggu pembelajaran bermula, PTPTN yang diharap belum lagi menjelma untuk meringankan kehidupan. Lagi tersepit penulis dikala terpaksa terpakasa membeli buku rujukan yang menjangkau rm100 sebiji. Suka atau tidak terpaksa penulis untuk medapatkannya kerana ianya perlu untuk pembelajaran penulis. Apakah yang anda harapkan dari duit PTPTN yang mana setelah ditolak yuran pengajian sebanyak Rm 1400, maka tinggallah Rm2000 untuk meneruskan kelangsungan hidup selama 5 bulan diSabah. Bayangkan kos untuk makan selama 5 bulan sahaja mencecah rm1500, dengan itu terdapat lebihan sebanyak rm 500 ditangan untuk membeli keperluan lain seperti tiket kapal terbang , membeli barang keperluan ,buku, kerja lapangan dan sebagainya. Maka sebelum akhir semester pembelajaran duit itu sudah habis dibelanjakan. Ini adalah lumrah pembelajaran kerana pada penulis yang pahit itu adalah manis yang akan kita tuai dimasa akan datang. Dan harga kepahitan yang adalah perlu kita bayar dengan kejayaan yang akan kita perolehi…..

1 comment:

Anonymous said...

sabar la kerana wang itu juga merupakan ujian daripada Tuhan..