isu ni Krik Alfie tak berapa setuju..
atas dasar dia belum didapati bersalah...
dan Krik Alfie sebagai pelajar memahami bila pinjam ditarik...
terseksa......bantuan PA dan MA pun tak mengharap sangat kerana keluarga bukan kaya....
Seorang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mencabar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya menjelaskan tindakan kementerian itu menghalang pembiayaan pinjaman pendidikan pelajar tersebut, yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Ahmad Shukri Kamarudin, pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam itu berkata tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan, sedangkan kolej itu sendiri belum memutuskan apa-apa hukuman ke atasnya.Bercakap kepada media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini, Ahmad Shukri berkata beliau juga tidak pernah dipanggil untuk membela dirinya atas dakwaan tersebut.
Katanya, beliau setakat ini hanya diminta untuk berjumpa pegawai jabatan pembangunan mahasiswa kolej berkenaan pada 6 Jun lalu untuk menerima sepucuk surat.Ahmad Shukri juga berkata, surat berkenaan hanyalah satu salinan emel yang dihantar kepada pentadbiran universiti bagi memaklumkan mengenai penahanan pembiayaan PTPTN kepadanya.
No comments:
Post a Comment