Thursday, June 3, 2010

salam............
isu penting yang menyebabkan beberapa kerugiaan duit rakyat seperti runtuhnya stadium sultan zainal abidin sedikit masa dahulu kini dibiar sepi...
dan sekarang kerajaan mempertimbangkan untuk menarik subsidi rakyat...
isu siapa yang bersalah pun tidak dapat diheret kemuka pengadilan setelah sekian lama stadium runtuh..............
baca seterusnya..
Genap setahun selepas runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu, sekumpulan penduduk berkumpul di lokasi tersebut malam tadi bagi mengenang "kerugian duit rakyat" akibat kejadian tersebut.Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu Mohd Fauzi Abu Samah yang menganjurkan program itu berkata pihaknya kesal dengan cara tragedi tersebut ditangani yang seolah-olah "tiada siapa yang dipertanggungjawabkan".
"Orang kenang sesuatu itu bukan yang baik sahaja. Firaun pun dikenang kerana kejahatannya. Kita berhimpim kerana tidak mahu rakyat lupa. "Jangan ingat selepas (ahli politik) keluarkan kenyataan, lepas itu orang tak ingat lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Dalam perhimpunan tersebut mereka turut membakar bendera Israel kerana membantah serangan berdarah negara Yahudi itu terhadap kapal bantuan kemanusian ke Gaza pada pagi Isnin lalu.Selepas setahun dibina, stadium bernilai RM292 juta yang disasarkan sebagai venue utama sukan negara pada Jun tahun lalu mengejutkan banyak pihak apabila ranap menyembah bumi.
Dalam kejadian tersebut, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.Ia dilaporkan berpunca daripada kegagalan semua pihak yang dilantik membina Stadium mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak.Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Fauzi berkata pihaknya sedang mendapatkan nasihat peguam bagi membawa kes tersebut di muka pengadilan jika tiada tindakan terhadap pihak terbabit dalam 'kecuaian' itu.

No comments: