Tuesday, October 13, 2009

Mesilou Kundasang

Salam….hujung minggu lepas,krik alfie telah mengikuti program kem insentif UPSR di SK mesilou Kundsang Ranau.Pengalaman berada bersama keluarga angkat di perkampungan dikaki gunung Kinabalu adalah tidak mungkin dilupakan.Dengan suhu yang amat sejuk terutama malam membuatkan sesiapa sahaja yang baru tinggal di meilou tidak akan mandi kerana air yang terus dari gunung kinabalu adalah sejuk bagaikan ais sepanjang masa.Setiap masa baju sejuk berada dibadan dan ketika malam,krik alfie dan teman lain terpaksa memakai dua baju sejuk dan stoking dan dua selimut untuk tidur.Pengalaman memetik strawberi milik kelurga angkat diladang sendiri amat berharga.Dan yang amat menyentuh hati adalah keramahan orang disana yang majority etnik dusun islam yang sangat menyambut dan meraikan kami semua. Krik alfie akan sertakan gambar-gambar sepanjang disana…..terima asih diucapkan kepada keluarga angkat di Kg Mesilou dan seluruh penduduk kampungdan krik alfie pasti kembali kesana ……so tunggu…

No comments: