Sunday, October 4, 2009

kerja or belajar

Salam…dalam krik alfie sibukkan diri dengan pelajaran,rupanya sudah menerjah hamp1r 1 thanun 6 bulan krik alfie meninggalkan bidang pekerjaan. Buat teman yang tidak mengetahui, selepas 2 bulan krik alfie menamatkan pelajaran pada peringkat diploma, krik alfie telah mendapat peluang bekerja dalam bidang yang telah krik alfie ambil dahulu iaitu bekerja sebagai penganalisis makmal di kilang makanan iaitu di kilang marigold a.k.a kilang vitagen yang terletak di Petaling Jaya. Bekerja selama hampir setahun dibahagian paling penting kilang tersebut mengajar krik alfie tentang kehidupan. Bagaimana rasanya bekerja selama 12jam sehari dan bagaimana rasanya mendapat duit sendiri.dengan pendapatan yang amat lumayan krik alfie akhir terpaksa memilih diantara kerjaya mahupun pelajaran.Dan jelas keputusannya krik alfie melanjutkan pelajaran di UMS.Krik alfie akui dengan pendapatan bulan semasa bekerja membuatkan krk alfie merasa sedikit mewah, dan ini mempengaruhi kehidupan krik alfie setelah kembali menjadi pelajar.Dan kini krik alfie terpaksa mengajar diri kembali bagaimana untuk menggunakan duit dengan sewajarnya..Itu adalah pengalaman hidup krik alfie….hidup adalah medan yang paling sesuai bagi tempat belajar menguruskan diri kita.Lagi banyak pengalaman hidup lagi kita menghargai diri kita…sekian….

No comments: