Monday, August 31, 2009

golongan yang dilupakan

Dikala berkesempatan untuk menaip,krik alfie ingin mengupas tentang benda yang kebanyakkan orang akan ingat dikala ramadhan sahaja.Mungkin pelbagai yang terlintas difikiran teman-teman kan?ada yang akan kata makanan yang sedap-sedap,biskut,baju raya,lapar dan dahaga dan yang fikir pulang kekampung dan duit raya.Tapi benda yang krik alfie maksudkan adalah anak yatim.Mereka kebiasaanya akan menjadi rebutan untuk pelbagai majlis dibulan puasa ini,tapi bila raya sudah berlalu,mereka tidak lagi laku sehinggalah puasa tahun seterusnya.Kenapa benda ini terjadi,mereka sepatutnya sentiasa diingati bukan sahaja dibulan puasa semata-mata.Mungkin sudah menjadi tabiat kita untuk mengingati golongan ini pada masa tertentu sahaja.Mereka perlukan perhatian yang berteruskan dan mungkin perhatian ini akan membuka minda mereka bahawa masih ramai yang menyayangi mereka dan dengan ini membakar semangat mereka untuk menjadi manusia yang berguna suatu masa nanti.Sama-samalah kita renungkan…..

No comments: