Sunday, July 12, 2009

Cerita Best

Sejak dua hari lalu penulis melihat dan menghabiskan cuti hujung minggu dengan menonton drama bersiri korea. Minat penulis untuk menonton filem dan drama korea berputik hujung tahun yang lepas dek kerana pengaruh rakan sebilik dan juga kebosanan. Disini penulis tertarik untuk memperkatakan tentang beberapa kekaguman penulis terhadap filem-filem korea mahupun drama. Keseronokan penulis lebih baik jika menonton filem dan drama korea jika dibandingkan dengan drama mahupun filem2 dari Negara kita. Bukanlah niat penulis untuk merendah-rendahkan cerita tanah air sendiri.Tetapi ada beberapa sebab yang membuatkan penulis terpesona dengan filem luar ini.
1. Drama mahupun filem korea tidak memaparkan hero dan heroin yang sama, terlalu ramai hero dan heroin yang berbakat dan mampu menghidupkan watak yang dimainkan. Dan disinilah berbezanya dengan drama mahupun filem dari Negara kita,ini kerana drama dan filem dinegara kita sering menggunakan dan memaparkan hero dan heroin yang sama dalam filem atau drama. Dimana silap dan siapa yang siapa ,penulis tidak mahu menghuraikannya.
2. Penulis kagum dengan filem dan drama korea yang hampir keseluruhan menggunakan bahasa korea termasuklah nama pelakon dan lain-lain lagi. Ini amat berbeza dengan filem dan drama dari Negara kita yang banyak menggunakan nama-nama yang terlebih English dari nama mat saleh sendiri. Percaya atau tidak anda sendiri boleh tentukan.
3. Ketiganya adalah penulis amat kagum dengan pemandangan yang indah dan menarik tempat-tempat di Korea. Dengan udara yang segar dan kebersihan yang terjaga amat mengkesima penulis. Dan oleh kerana itu penulis menghormati orang korea yang amat mementingkan kebersihan. Dinegara kita….tepuk dada Tanya selera
4. Penulis juga akagum dengan orang Korea dengan kecantikan mereka. Mungkin kerana pemakanan mereka yang menyebabkan kecantikan ituyang pasti, penulis tengah kaji sekarang. DiMalaysia pun ramai yang cantik,tapi tentulah kecantikan itu adalah terlalu subjektif untuk diperkatakan…hmmmmmDan yang terakhir sekali adalah penulis teringin makan makanan orang korea,makanan yang dipanggang dan dimakan bersama salad…jenuh dah penulis cuba usha makanan jenis ni yang halal,tapi tak jumpa

No comments: