Sunday, December 12, 2010

Mengandung= Anda layak masuk


Sekolah Mengandung?......
Itu bukan penyelesaian......

bangkit bangsaku..
bangkit Umat islam....

Masalah Melayu = Masalah Islam


salam...
untuk permulaan,Krik Alfie cuba untuk ceritakan tentang masalah remaja melayu yang kian teruk pada masa kini.....dan bukanlah diri ini terlalu baik..tetapi masalah sosial sekarang berleluasa hinggakan ramai daripada kita menganggap ianya sebagai perkara biasa...
Kes rogol,dadah,mencuri,berzina sehingga melahirkan anak luar nikah....

apa penyelesaian kita.....
pemimpin ?
golongan agama?
masyarakat?
diri ?

siapa perlu memainkan peranan.....
rosak anak2 melayu maka keseluruhan rosaklah nama agama ISLAM yang dianuti oleh anak melayu ni.....

adakah sekolah mengandung di Melaka penyelesaian terbaik...
bagi Krik Alfiie....itu bukan yang terbaikkkkkkkkkk........

anda bagaimana

Maaf

Salam....

setelah sekian lama...
Krik Alfie meringan jari jemari tuk kembali menaip....
maaf kerana telah lama mengabaikan blog ni kerna kekangan masa...
sekarang masa cuti yang panjang dan Krik Alfie akan lebih rajin tuk mengup dates...

Friday, August 13, 2010

Lihat Dan nilai........

salam

sudah banyak hari Krik Alfie tidak meng updates blog..
untuk semua pelawat..kawan2.....
terima kasih atas sokongan....
jom layan...


gambar 1; Pakai tudung cantik dah...sekali tgk belakang..
fuhhh..pakai seluar dalam bertali lagi....
inilah nilai pandangan bila memakai tudung hanya untuk berfesyen...
yg buruk islam....



gambar 2; Anda tidak percaya tentang melyu kristian di Malaysia....
gambar ni buktinya....
belakang ada ayat2 Al-Quran kat belakang..
tapi masyaallh...
pakai salib....
minta dijauhkan dari kita semua....
jgn tidak percaya paderi melayu pn dah ada....


gambar 3:Pemuda yg megaku islam tapi nak bunuh Ulama...
masyallah..
minta dibukakan pintu hati...




gambar 4: Inilah gambarnya pemuda itu.....
patutlah benci betul ulama...
org biru rupanya...

Saturday, July 31, 2010

Tanah Airku.........

Salam...
Dah beberapa hari tak updates blog....
kemalasan melanda....
ni pn updates coz kawan tanya....
mana info terbaru.....
heheheeh..
tuk kawan2 yg setia melawat blog ni...Krik Alfie sajikan info yg tak la baru..
tapi boleh lar layan.................... gambar satu....Bukti kerajaan Malaysia berjaya melahirkan orang kaya melayu....
berjaya ker erk..
dah lebih 50 tahun.....
tapi nampak macm yg kaya ada hubungan kuar ngan kerajaan jer....
Krik Alfie pn bukan nak kaya sangat....
nak hidup dengan aman dan kerajaan betul2 bela nasib rakyat jer...


gambar dua: Sempena minyak naik...
walaupun 5 sen....Krik Alfie dpt rasakan bahangnya...
betul...walaupn naik moto kapcai jer..tapi ada tempiasnya....
pak-pak menteri kebanyakan asal dah kaya....
diorg tak pernah isi minyak dengan duit sendiri....
nasib kami lar....huhuhu..
org bukan peduli pn...



Gambar 3: Pernah tengok ni.....hahahaah
di Malaysia jer ada...Kubur BN dan Umno....
org PR tak leh masuk ker...hahahhaha
ker petanda kubur mereka sempena kalah kat perak masa PRU 12 dulu....
hahahah...

Gambar 4: Persoalan...anak siapakah ini...
ni lar anak2 pak menteri di Malaysia...
ni gambar biasa2 jer...
ada lagi yg seksa mata melihat....
natikan di blog sini..




Gambar 5: Tengok....org asli kat mana tah ni dah guna komputer....
di malaysia ....lagi terdedah rakyat kepada media alternatif makin faham tentang politik...
kalau tak ikut perkembangan....
alamak baca utusan meloya, tv 3 suku jer lar
tak berkembang lar otaknya..













































Monday, July 26, 2010

Duniaku..duniaku.....

Salam.....setelah beberapa lama..
Krik Alfie uploadkan lagi gamabr2 yg menarik...
dunia..oh dunia....
makin maju makin kita jauh dr agama....
apa pn layan ni.....

Gambar satu: Masalah Sosial diMalaysia semakin teruk...
jangan kata orang melayu....
orang yang beragama islam lagi penting.....
moga kita dijauhkan dari bala....
dan jenguk da tengok-tengokan lar anak anda...


gambar dua:Sekali Krik ALfie tgk gambar ni..teringat kat kat bayi yang dibuang....
huhuhuhu...
binatang ni anak ramai pn sanggup usung kehulu kemari...
kat Malaysia....reti buat n reti buang jer anak...



Gambar tiga: Kenal ker sapa ni....
katanya pejuang melayu....
Krik Alfie sokong pejuang Islam pertama dan Melayu kedua...
kenapa erk orang panggil dia katak...
ong....ong...ong....
sendiri mau ingat lar..



gambar empat: Kesiannya pada mereka...
makan tak cukup..
selipar pn buat ngan botol air..ish..ish....
bersyukur dapat hidup di Malaysia....









Sunday, July 25, 2010

Kes remaja hamil kronik



Salam kepada semua....

Berita ini Krik Alfie ambil dari Berita harian....

perasaan berbaur...sedih..kecewa dan sebagainya....

apa perlu kita buat tentang isu ini....

hmmm....kembali pada hukum ALLAH adalah terbaik....

langkah kerajaan?..nak tubuhkan sekolah hamil...hahahhahahaha

katakan tidak....laksanakan hukum Islam pasti perkara ni dapat dibendung...

apa pun..baca ni...



KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.


Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.

Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.


Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.


Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.


Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka. Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.


Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi. “JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.


Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes. Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.


Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol. Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu. “Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan.


Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya. Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.


Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.


Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah. “Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya. Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam.


Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia. “Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”


“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya